Copa América 2021

Copa América 2021 yang sedang berlangsung ini adalah merupakan edisi ke-47 Copa América, sebuah kejohanan bola sepak antarabangsa lelaki yang dianjurkan oleh badan pemerintah bola sepak Amerika Selatan CONMEBOL. Kejohanan ini berlangsung di Brazil dari 13 Jun hingga 10 Julai 2021.[1] Kejohanan ini pada asalnya dijadualkan berlangsung dari 12 Jun hingga 12 Julai 2020 di Argentina dan Colombia sebagai Copa América 2020. Pada 17 Mac 2020, CONMEBOL mengumumkan bahawa disebabkan pandemik COVID-19 di Amerika Selatan, kejohanan ini ditangguhkan selama satu tahun, bersamaan dengan keputusan UEFA untuk juga menangguhkan UEFA Euro 2020 ke 2021.[2]Pada 20 Mei 2021, Colombia disingkirkan sebagai tuan rumah bersama di tengah tunjuk perasaan berterusan terhadap Presiden Iván Duque Márquez, dan Argentina kemudian disingkirkan pada 30 Mei kerana isu COVID-19. Keesokan harinya CONMEBOL mengesahkan Brazil sebagai tuan rumah baru kejohanan.[nota 1]Tuan rumah Brazil dalah juara bertahan, memenangi gelaran kesembilan mereka pada tahun 2019, yang juga mereka menjadi tuan rumah.

Copa América 2021

Tarikh 13 Jun – 10 Julai[1]
Kehadiran 0 (0 per perlawanan)
Jumlah perlawanan 3
Pasukan 10 (dari 1 konfederasi)
Penjaring terbanyak 6 Pemain
(Masing-masing 1 gol)
Jaringan gol 6 (2 per perlawanan)
Negara tuan rumah  Brazil
Tempat 5 (di 4 bandar)

Rujukan

WikiPedia: Copa América 2021 http://sports.cctv.com/2021/06/13/ARTImES3FGPL76E2... http://conmebol.com/es/calendario-de-la-conmebol-c... http://www.conmebol.com/es/argentina-inaugurara-la... http://www.conmebol.com/es/australia-y-qatar-invit... http://www.conmebol.com/es/comunicado-oficial-2 http://www.conmebol.com/es/consejo-aprueba-realiza... http://www.conmebol.com/es/la-conmebol-copa-americ... http://www.conmebol.com/es/la-conmebol-libertadore... http://www.conmebol.com/es/la-copa-america-2020-se... http://www.conmebol.com/es/quedaron-definidos-los-...